jobdirumah

Thursday, March 6, 2014

tips hilangkan stress


assalamualaikum..



anda pernah stress tak?tentu pernah hadapi keadaan macam ni kan..waktu macam ni la waktu kritikal dan kalau berpanjangan atau terlampau tu yang membawa pada perbuatan bukan2..ohh no no no..jangan buat perkara bukan2 terutamanya sebab yang tak bernilai contohnya ditinggal kekasih..jangan2 sangat tak menguntungkan bukannya si dia nak pujuk atau rasai kesakitan kita..so ape perlu kita buat..

1. tarik nafas
tarik nafas pepanjang dan bertenang. bila oksigen sampai ke otak sepenuhnya kamu akan rasa lebih tenang. seperti selalu kita buat waktu exercise ape..

haa..camni..huuu =)


2. ubah posisi 
sekiranya tengah duduk kita bangun, sekiranya bangun maka duduk la, sekiranya duduk nak tidur2 la lagi tenang ye ko idok..lagipun ini sunnah Rasullullah..

3. berwuduk
sekiranya islam, cara senang ambil la wuduk..tika tengah marah ni ada syaitan memanaskan lagi keadaan bikin stress dan amarah memuncak2..jadi redakan dengan berwuduk.padamkan api syaitan tu dengan kedinginan wuduk.

4. bersolat
yang paling utamakan solat 5 waktu jangan tinggal..solat ni boleh buat hati tenang..waktu solat tu doa la pada Allah. luahkan segalanya pada Allah yang maha mendengar..segala masalah adalah kehendakNya jadi segala penyelesaian ada denganNya..dari kamu nangis terlolong tak tentu arah ada baiknya nangis sambil berdoa pada ALLAH..ujian tu bermaksud tanda kasih ALLAH pada kita taknak kita terus lalai maka mane pilihan kita adakah terus lalai ataupun kembali padaNya. Allah akan mengirimkan malaikat jibril untuk menghantar hadiah iaitu berupa ujian tanda rindu dan sayang ALLAH pada hambaNya..Dia tahu masalah kita cume mahu mendengar rintihan hambaNya..Allah tahu yang terbaik untuk kita,jadi tugas kita solat dan doa ok =)

hayati ayat ni kamu akan tenang..dari surah al-baqarah ayat 216


5. buat apa yang dirasakan selesa
haa..ni umpama kamu buat hobi la..kalau suka menulis diari maka lepaskan kat situ, kalau suka menonton tv makan tonton la tp jgn buat bukan2 pula..macam aliyah kalau stress satu je suka buat iaitu tidur..heheee =P da reda ckt tidur bagi kurang ckt stress.sepanjang hari pun mampu tapi hagak2 la..



6. luahkan pada yang dipercayai
haa ni pentingnya ade teman rapat, atau keluarga atau sesiapa yang anda suka untuk berkongsi masalah..andai takde yang selesa trpulang la nak cakap dengan kucing ke, teddy bear ke nak marah2 ke asalkan korang lepas..hehee jangan pulak pergi kat public then cakap dengan tiang..tu insane pulak nnt kena tarik masuk hospital bahagia...berpada2 hokeyh..

7. mandi
mandi pun dapat hilangkan stress dan amarah apa kata cuba..cam aliyah ni sambil mandi sambil nangis teresak2 drama queen betul padahal takde ape2 pun kena gelak kalau orang tahu..hehe terbocor jgk rahsia..pirahh..

8. menangis
siapa kate menangis tak baik..ok ape cuci mata tu..tapi jangan la over sampai buta mcm kasim selamat hape pun tak dapet..cuma setakat luahkan perasaan dalam hati..dan lagi elok menangis sambil berdoa..doa yang bersungguh2 in shaa ALLAH didengarNya..


jom hilangkan stress sikit..

cite 1:
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
cite 2:
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
kredit: blogpepatah

so sebenarnya stress, ujian, amarah semua ni perasa kehidupan..takde la straight je pola kehidupan..ada masam manis baru kita makin kuat makin faham asam garam kehidupan..makin pandai untuk uruskan kehidupan dan handle masalah..jadi bersangka baik la padaNya..Allah takkan membebankan hambaNya melebihi kemampuan..pasti ada hikmah disebaliknya..positive thinking ok and u will get a better result =)


No comments:

Post a Comment